Saturday 19 October 2013

Salam Bersiaran 2013

Posted by Qami Store at 09:18 0 kongsi rasa :
Assalamualaikum & hai.

Nampaknya sangat lama tidak turun padang. Since ada cik puteri Qis memang sangat tidak ada masa untuk diri sendiri apatah lagi melayan blog yang semakin usang.

Its ok. Now time to merapu again. haha.

Ok, now cik puteri Qis sudah melelapkan mata. Saja mengambil kesempatan untuk berblogging.
as for 20/10/2013 Cik Puteri Qis sudah pun berumjur i tahun 3 bulan, lagi 2 hari untuk genap 1 tahun 4 bulan.

How time flies kan?

SO perkembangan Cik Puteri Qis selama 1 Tahun 3 Bulan :

1-Dari pandai berjalan dan pandai berlari
2-Ketawa 'berdekeh2' apabila diusik, sangat mencuit hati ok!
3-Panggil Mommy as "ma mey",  Daddy as "de dey", pandai sebut cicak, kakak as "tatak" n apabila mahukan sesuatu akan sebut "nak nak nakkkkk" sambil anggukkan kepala dan jika xnak akan sesuatu sebut "nanakkkkkk" sambil gelengkan kepala. Bila time tido pandai mintak "mama" as a sign of BF.
4-Sangat terror memanjat. Tolak kerusi sana sini untuk panjat dan mengambil sesuatu yang dimahukan.
5-Boleh memahami arahan ringkas. Seperti jom cuci bontot, jom mamam, letakkan kain dalam bakul, tolong ambilkan itu ~serta tunjuk ke arah objek....sangat pandai anak Qaseh Gold Junior ini! Mommy proud of you sayang!
6-Suka sangat mintak sesuatu dan berjalan menuju ke peti ais~sangat sukakan gula2 m&m..
7-Suka nyakat mommy, daddy, nenek dan kawan-kawannya.
8-Suka korek lipstick mommy!
9-Suka sangat main purse mommy sampaikan bila mommy nak bayar di pasaraya baru perasan dompet qis main! suka teraburkan duit-duit mommy. Macamla mommy kaya kan Qis? hehe.
10-LOVE my Cik Puteri Qis SO much!


Thursday 5 July 2012

Kronologi Bersalin - Part 1

Posted by Qami Store at 08:09 0 kongsi rasa :
Assalamualaikum & hai.

Selamat bersua.
dah baca tajuk?

Kronologi bersalin part 1.

Saya dijangka bersalin pada 21 June 2012. Tapi kebanyakan kawan-kawan saya semua bersalin awal 1 atau 2 minggu. Mulanya saya berfikir akan bersalin awal juga, tapi hari-hari yang dilalui berlalu begitu saja.

Saya selalu berkomunikasi dengan baby.

Apabila cuti  sekolah pertengahan tahun 2 minggu. 26 mei- 10 june 2012- "baby sayang,  jangan kua lagi sekarang tau, rugi cuti daddy,"... mungkin baby dalam pewot jawab "baik, mommy". haha.

Bila cuti 2 minggu hampir berlalu,ketika itu kandungan dah hampir 39 minggu. 38 minggu dah lepas. Aduh. Risau pula hati saya. Dalam hati sentiasa tertanya-tanya, bila nak kua ni sayang?

Tapi dalam pada iti saya masih berkomunikasi dengan baby. "baby Qis nak kua nanti , kua ari isnin, khamis atau jumaat ye sayang?. Dalam hati sentiasa berharap agar anak yang dikandung lahir pada hari tersebut.

Hmm. Tapi bila hari yang ditunggu-tunggu berlalu begitu saja, rasa menyesal juga dalam diri kenapa meminta-minta ?  andai dah ditakdirkan  dia nak jenguk dunia hari apa/pukul berapa, kenapa mesti kita sekat? hmm. Owh anakku sayang, mommy tak kisah, kuarlah sayang...mommy & daddy tak sabar nak jumpa kamu. :)

13/06/2012 (Rabu)


Rutin Chek-up di poliklinik miri pukul 2.00 ptg. Macam biasa, saya mesti bawa urine dari rumah. Bukan apa, tandas di poli amat tidak selesa. Terkadang perlu menunggu dengan agak lama untuk hanya sekadar mengambil urine.

Minggu ini rasa terasa sedikit berdebar. Tidak sampai seminggu saya akan menatap wajah si comel. Tapi. persoalannya, bila?

Saya belum merasa tanda-tanda melahirkan sebagaimana kawan-kawan ceritakan. sakit perut sekejap-sekejap, nak oo'ook, turun air atau darah dan sebagainya. Bila ye saya akan merasa tanda-tanda ini?

Sakit pinggang, lenguh-lenguh dan terkadang cramp perut spt cik P datang tu sudah biasa saya rasa. Tapi tanda-tanda lain belum ada.

SABARLAH.

MUNGKIN SEDIKIT MASA LAGI.

Daddy cakap isteri cikgu nizam dah selamat bersalin, sehari sebelum due. Kalau sehari sebelum due, bermakna saya cuma ada 6 hari je lagi. Owh? saya akan jadi mommy?
:) itupun kalau tidak terlebih hari. Risaunya hati saya. ;'(

Ada juga kawan-kawan saya kes yang terlebih hari. AH lebih 3 hari. Sudahnya, INDUCE.
Ada juga kes air ketuban kurang, sudahnya, INDUCE jugak. INDUCE ni SAKIT kawan-kawan dok cerita.

Berbalik cerita di poli. Selesai check-up, alhamdulillah air ketuban ok, jantung baby juga ok dan kesihatan mommy juga baik. Alhamdulillah, Syukur pada-MU ya ALLAH.

Nurse yang periksa saya tadi cakap, mungkin puan dijangka bersalin pada bila-bila masa. Jadi beg hospital kena sediakan. Letak dalam kereta siap-siap. Incase emergency. NOTED.

Incase puan tak bersalin lagi minggu depan, kena datang lagi check-up macam biasa ye. dalam hati berdoa dan berharap moga-moga aku dah selamat bersalin time tu :)

*********************************************************************************

Ok, Kena sambung part 2 sebab cik puteri qis saya sudah bangun mintak 'nen':)

till meet again. :)

Berpantang - Hari ke 14

Posted by Qami Store at 06:55 0 kongsi rasa :
Assalamualaikum dan hai...

Tinggal lagi 30 hari berpantang! Yes yes yes!
Xsabar nak abis berpantang. Xsabar nak keluar jalan - jalan. Xsabar nak ilang rasa sengal2 dan lenguh2 badan dan tulang belikat. Xsabar nak shopping barang-barang baby. N paling tak sabar nak balik kg nak tunjuk ngan tok ayah n nenek cucu perempuan dia.

owh! best2!

Tapi.

Yang tak bestnya, abis berpantang bermakna cuti tinggal lagi sikit. uh.
Nak sambung cuti lagi boleh x. haha. Amik cuti sendiri n tanggung risiko okeh.

Ok. Perkembangan hari ke -14.

Mommy :
-masih sengal2 tulang n lenguh badan. ;'(
-Cik B n Cik P makin sihat , wpun xsepenuhnya tapi masih dapat fully bf. Alhamdulillah, syukur padaAllah atas 'nikmat' permudahkan urusan wpun hakikatnya 'fobia' nak bagi baby 1st masuk mulut.
-Jahitan & luka semakin sembuh.
-Urut kali ke-3 n & dimandikan mak bidan.
-Rasa semakin bertenaga dari hari yang lepas2.
-Dah kurang sengal2 bntot. haha. (sebab duduk agak lama)
-semakin pandai manage rasa 'ngantok'.

Baby :
-Pandai mengamuk-ngamuk skit dah skrg. Pantang lambat mintak 'nen'.
-Tak nangis kuat sangat time nenek mandikan dia.
-Kurang tidur dah waktu petang.
-SEMAKIN COMEL! hehe.



Mempersembahkan Queen of Our Heart :)

Wednesday 30 May 2012

Bingkisan buat daddy

Posted by Qami Store at 04:04 0 kongsi rasa :
Untuk suamiku, moga rumahtangga kita bina kekal terpelihara di bwah kasih-sayangNYA

Suamiku yang disayangi,
Andainya aku tulang rusukmu yang sudah hilang itu,


Aku berharap.....


Jika ALLAH telah menyatukan kita dengan kasih-sayangNYA,

Kamu mampu dan selalulah membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadari di syurga

Kerana aku ingin kita bersatu

Di DUNIA dan AKHIRAT.....
Dan bukannya hanya di dunia...

Suamiku yang dikasihi,
Andainya kamu ditakdirkan untuk bersama hingga akhirnya

Kamu juga akan menjadi Ayah buat anak-anakku
Jadilah Ayah yg boleh membimbing mereka
Agar mereka nanti menjadi anak-anak kita yg soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama ALLAH

Dan boleh kita banggakan DUNIA AKHIRAT...



S
Suamiku yang kurindui tiap detik dan saat,
Andainya kamu ditakdirkan menjadi teman hidupku hingga hujung nyawa

Ku berharap engkau boleh menjadi imam yang baik buatku dan anak-anakku

Menjadi pemimpin yang baik dalam rumahtangga kita

Mencintai aku apa adanya.......

Dan mampu menguruskan kekuranganku dengan bijaksana

Agar aku dapat bersamamu hingga ke syurga...





Suamiku temanku, sahabat dunia akhiratku,

Andainya aku melakukan kesalaha
n

Janganlah aku dikasari dengan kata2 dan perbuatan

Tegurlah aku dengan kelembutan

Nasihatilah aku dengan iman

Dan belailah aku dengan penuh kasih sayang

Agar 'ikatan' antara kita akan terus berpanjangan...


Suamiku,Kekasih halalku dunia akhirat,

Andainya aku terlupa, lalai dalam dalam rumahtangga

Ingatkanlah dengan rasa cinta

Agar menjadi tauladan pada anak-anak kita yang bakal dilahirkan nanti...

Dan menjadi contoh terbaik buat mereka

Agar 'rumahtangga' ini terpelihara...


Mommy & Qis sentiasa menyayangi dan mencintai daddy tanpa sebarang syarat...Moga Allah memelihara cinta kita hingga ke syurga dan menjauhkan perosak-perosak yang cuba menganggu-gugat hubungan cinta suci kita. Amin Ya Robbal-Alamin....

Friday 25 May 2012

Persediaan Menyambut Baby : Senarai semak mommy & baby

Posted by Qami Store at 23:21 0 kongsi rasa :
Salam
Dah nak masuk 34 week, so google senarai semak.


Check it out!


[Sumber: Majalah Pa&Ma – Mei 2011]

Antara barangan utama yang perlu dititikberatkan untuk kegunaan hari2 awal bayi selepas dilahirkan. Alhamdulillah rasanya saya dah cukupkan 90% dari senarai yang ada. Kalau yang saya Italic kan tu maknanya tambahan yang tak disenaraikan dalam Pa&Ma. Kalau ada revise item ke saya akan update lagi. Apa pun selagi boleh berjimat, kita jimat ya

Pakaian Bayi
Sarung Kaki
Sarung Tangan
Baju Lengan Panjang
Baju Lengan Pendek
Seluar Pendek
Seluar Panjang
Rompers
Topi/ topi bonet
Stokin
Mandian
Tab mandian
Pengalas tab mandian
X
Tuala muka
Tuala mandi
Mandian bayi
Syampu bayi
Lampin
Lampin kain moden/ pakai buang
Pelapik (jika menggunakan lampin kain moden)
Tisu basah
Pelapik menukar lampin
Beg lampin (bagi digunakan ketika keluar bersiar)
Nappy Kleen
Bakul/ Rak Baju Baby
Penjagaan Diri
Bedak bayi
Losyen bayi
Minyak bayi
Sikat rambut
Minyak telon (tukar Minyak Herbanika)
Pemotong kuku
Kapas muka
Krim ruam lampin
Kain bedung
Barut
Cotton Buds
Nasal Aspirator
Gripe Water
X
Tidur
Katil bayi (alhamdulillah rezeki.. Capt Akashah & wife bagi.. thanks to both of you)
Tilam
Cadar
Selimut
Bantal
Bantal panjang
Mosquito Net
Penyusuan (Susu Ibu)
Pam (manual/ elektrik/bateri)
Bekas penyimpanan susu ibu
Beg pendingin (cooler bag)
Pek ais (Ice pack)
Penyusuan (Susu Formula)
Botol susu BPA Free
Puting
Berus botol
Bekas penyimpanan susu formula
X
Termos
Bekas minuman
X
Beriadah
Car seat *
X
Baby sling *
X
Stroller *
X
Nursing cover



√ = Dah beli
X = Belum beli
* = Beli kemudian

Tips:

·         Jangan sesekali membeli kasut bayi kerana bayi baru lahir tidak memerlukannya.

·         Elakkan membeli pakaian bayi yang mendatangkan bahaya cekik seperti butang.

·         Baju dan seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14)

·         Saya juga ada beli baju yang lubang-lubang sekiranya panas bolelah pakaikan bayi waktu siang.

Ada lagi ?





Menanti Detik Kelahiran Bayi

Perancangan Kehamilan bagi Minggu 29-40

Miggu
Anda akan perlu…
29 - 32

  • Kurangkan kegiatan dan dapatkan rehat sebanyak yang boleh.
  • Teruskan senaman pelvis anda.
  • Pendekkan senarai nama pilihan untuk bayi anda.
33 - 36

  • Berbincang dengan doktor anda dalam minggu ke-35 akan cara kelahiran dan pastikan rancangan kelahiran anda.
  • Sediakan rumah anda untuk menyambut bayi baru anda.
  • Mula sediakan beg yang akan dibawa ke hospital.
37 - 40

  • Bercakap dan bermain dengan bayi anda yang belum lahir. Nikmati sepenuhnya hari-hari terakhir bayi berada dalam diri anda.
  • Putuskan pilihan dan rancangan untuk tempoh pantang anda.
  • Adakan temu janji terakhir dengan doktor jika anda masih belum melahirkan bayi anda menjelang minggu ke-40.




Senarai-semak Beg Hospital
  • 2-3 helai kain sarung
  • Baju tidur berbuka di depan
  • Tuala mandi
  • Pakaian untuk pulang ke rumah (baju mengandung kegemaran anda)
  • Seluar dalam mengandung pakai buang
  • Sikat dan barangan penjagaan diri asas
  • Selipar
  • Selimut dan 2 pasang baju bayi
  • Kamera untuk merakam saat-saat indah pertama


Senarai-semak Peralatan Asas Bayi
  • Lapik menukar bayi
  • Tempat duduk kereta bayi
  • Bekas mandi bayi
  • Tuala untuk digunakan apabila bayi sendawa dan mandi
  • Lampin pakai buang
  • Barangan penjagaan diri - krim ruam lampin, sabun bayi, syampu, losen dan bedak
  • Katil bayi atau bakul Moses bersama 2-3 set alas tilam


Interaksi dengan bayi yang bakal lahir
  • Bercakap dengannya semasa anda mandi atau sebelum tidur. Amalkan luahan sayang anda terhadapnya satu atau dua kali sehari.
  • "Sentuh" bayi anda dengan menolaknya perlahan-lahan melalui perut untuk menyentuh kaki dan bahunya dan anda mungkin akan mendapat tolakan balasan! Urut perut anda dengan krim dan minyak sambil bercakap dengan nada lembut kepadanya.
  • Dengar muzik dan nyanyikan lagu yang anda gemari kepada bayi anda. Muzik dikatakan sebagai pra-linguistik dan dapat menyumbang kepada kemahiran bahasa.


Tengok yang ini lagi?


Kedatangan orang baru membawa seribu erti buat pasangan suami isteri setelah melalui kehidupan alam rumahtangga. Bagi bakal ibu dan bapa yang baru pertama kali akan menyambut kelahiran cahaya mata, pastinya memikirkan persediaan yang diperlukan bagi menyambut kelahiran tersebut.


Segala keperluan bayi adalah mengikut peringkat umur. Entri ini lebih memfokuskan pada peringkat umur sehari hingga enam bulan. Barangan yang dibeli juga haruslah menepati ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan keselesaan tetapi tidak terlalu mahal. Ia lebih bergantung pada bajet. Namun, kualiti juga amat penting. Di bawah ini disenaraikan barangan yang diperlukan.


Pakaian Bayi
1. Untuk membeli baju bayi, cukup sekadar 5-6 pasang baju lengan panjang dan lengan pendek. Ini kerana bayi baru lahir akan cepat membesar.
2. Sarung tangan dan sarung kali cukup sekadar 2-3 pasang.
3. Topi bayi. (Tidak diperlukan jika membeli selimut yang mempunyai topi)
4. Selimut.
5. Kain lampin/ lampin pakai buang (new born)
6. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
7. Tuala.
8. Raga/ bakul
9. Tikar getah/ tikar mengkuang. Tikar mengkuang lebih sesuai kerana adanya peredaran udara berbanding tikar getah.
10. Beg bayi.


Penyusuan.
1. Botol susu juga penting terutama pada ibu yang bersalin cara caesean. Pada hari pertama kelahiran, susu ibu belum cukup untuk mengenyangkan bayi dan kadang-kala sel susu ibu belum mengeluarkan susu pada hari pertama kelahiran.
2. Puting (terdapat dalam pelbagai saiz)
3. Berus botol susu.
4. Bekas simpan botol susu (warmer)


Keperluan tidur.
1. Bantal, tilam dan sarung. Seelok-eloknya gunakan bantal dan tilam yang diperbuat dari kabu agar bayi selesa dan tidak bergolek semasa tidur.
2. Katil bayi.


Mandian.
1. Sabun bayi.
2. Syampu bayi.
3. Sikat rambut.
4. Losyen.
5. Putik kapas.
6. Bedak (bukan talcum)
7. Besen.
8. Bakul alatan mandian.


Keperluan untuk jalan-jalan.
1. Baby car seat
2. Stroller.


Lain-lain keperluan.
1. Minyak kembung perut.
2. Tisu lembap.
3. Pemotong kuku.
4. Sedikit mainan yang berwarna untuk merangsaang deria penglihatan bayi.


Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin membuat pembelian awal, disarankan agar anda tidak terlalu gelojoh untuk membeli memenuhi keperluan bayi secara keterlaluan. Ianya bergantung kepada keperluan. Contohnya seperti baby car seat, ianya sesuai untuk isteri yang bekerja. Jika sebaliknya, anda boleh menangguhkan dahulu pembeliannya untuk bulan-bulan datang.
Ok, last sekali :



Senarai keperluan bayi di hospital

* 2 helai tuala mandi
* 2 helai selimut
* 20 helai kain lampin / pampers
* 2 pin besar
* 4 helai seluar kalis air
* 4 helai baju / baju sejuk
* 4 pasang seluar panjang
* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan

Senarai keperluan ibu di hospital

* 1 helai tuala mandi
* 1 helai tuala muka
* 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
* 1 helai pakaian biasa
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 3 helai coli khas untuk menyusu
* 2 pasang pelapik coli
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* sikat
* berus gigi dan ubat gigi
* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
* pakaian untuk pulang ke rumah
* bahan bacaan
* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa

* surat rujukan doktor
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda
* surat nikah
* wang
haaaaaaaaaaaaaaa..cukup la ye dak? kang banyak2 pening lak kepala mommy & daddy nak prepare .


 

MommyDaddyKids Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez